Wednesday, 24 September 2014


Assalamualaikum , dan salam sejahtera .
First of all let me introduce myself , uolls can call me Eykaa Ahmad :)
Harini saya nak bercerita tentang sebuah kisah cinta jarak jauh .


PART 1

Walaupun Nurul dan Rizal menjalinkan hubungan jarak jauh sejak daripada Nurul berpindah ke Ipoh atas permintaan parents Nurul , bukan kerana parents Nurul tak suka akan hubungan mereka tetapi ingin lebih dekat dengan anak perempuan bongsunya itu .Maklumlah Nurul sebelumnya ini menetap bersama abang sulungnya di Kuala Lumpur nak cuba angin baru katanya . Tanpa bantahan Nurul menuruti kemahuan parents nya untuk bertukar sekolah dan terpaksa berjauhan dengan buah hatinya itu .
  "Rizal , aku pindah Ipoh tahun depan" dengan muka selamba Nurul memberitahu Rizal. "huh ! kenapa ? tipu eh ?" Rizal tak percaya katanya.
   toottt..tott..(mesej masuk) "you are the first and i hope u will be the last.. :) take care.." sambil tersenyum Nurul membaca mesej dari buah hatinya tu .. al maklumlah dah berpisah jauh jarak nya 2 marhalah haa...
 
"Ma boleh tak na pinjam phone? Nak call Rizal?" tanya Nurul kepada maknya, almaklumlah hubungan direstui katakan ..



bersambung...

KEK BATIK


KEK BATIK

Mari kita mempelajari cara-cara membuat kek batik yang mudah bersama saya :)

Bahan-bahan (1 dulang)
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara
  1. Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
  2. Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
  3. Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Gambar (step by step)
Patahkan biskut marie menjadi dua kepingan.
Campurkan semua bahan kecuali butter.
Kacau sehingga sekata.
Panaskan campuran milo dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan butter.
Setelah campuran milo menjadi pekat, masukkan biskut dan gaul sehingga sekata.
Mampatkan dalam bekas, biarkan seketika sebelum ditutup (untuk elakkan wap).
Sejukkan dalam peti sejuk.
TADAAA!! Siap untuk dihidangkan
MMMM.. NYUMMY ! mudah kan ?? hah !! apa lagi ? bolehlah cuba sendiri lepas ni :)

Wednesday, 10 September 2014

MY JOURNEY IN LANGKAWI ISLAND       

Salam. Kali ni saya nak cerita tentang percutian saya di Pulau Langkawi.Saya pi ngan keluarga saya. Saja p syok2.Result SPM pun tak keluar lagi masa tu. Saya ngan family saya naik feri kat Kuala Kedah.Masa tu memang excited gila nak p Langkawi. Maklumlah, dah lama tak p bercuti.


Syoknya naik feri! (walaupun feri tu buruk)



Kat bawah ni pula suasana dalam feri



Lepas kami sampai kat jeti, kami terus p cari kereta sewa. Lepas kami dapat kerete sewa, apalagi kami terus p Underwater World. kami rush p jalan2 sebaik saja tiba kat Langkawi sebab kami p bercuti kat Langkawi sehari saja. Hahaha(kelakar ka?) 

Gambar2 kat bawah ni semua adalah tempat yang kami p kat Langkawi

Kilang gamat

Makam Mahsuri

Underwater World

Cable Car


Tempat yang kami paling tertunggu2 nak p sekali ialah 
(tadaaaa.....)



pusat beli-belah bebas cukai

Tempat yang terkenal dengan kemurahan coklat-coklatnya

Saat yang paling menyedihkan adalah apabila hendak meninggalkan Pulau Langkawi


GOODBYE, LANGKAWI

Wednesday, 3 September 2014

MY STYLE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!

Hari ni saya nak bagi tips kepada anda semua macam mana nak tingkatkan keyakinan diri kita. Of course la first of all kita kena jaga penampilan diri kita. Kalau penampilan kita elok, cantik dan comel,mesti keyakinan terhadap diri kita akan tambah berganda-gandanya.    

Cuba bayangkan kalau kita selekeh ngan comot,mesti orang kat luar sana tak kan tertarik nak berkomunikasi ngan kita.                

Kat bawah ni saya nak tunjuk contoh orang yang penampilannya ( macam cantik je,macam comel je)   Ni untuk orang muslim bagi perempuan



Cuba kita tengok penampilan artis kat atas ni,nampak kemas dan bergaya kan. Penampilannya membuatkan kita rasa yakin untuk bekerjasama ngan dia. Padanan warna
bagi shawl,cardigan dan seluar dia amat sesuai dan mudah diterima oleh masyarakat(kononnya).Artis kat atas ni pandai bermain dengan pelbagai warna. Walaupun dia tidak mengenakan sebarang aksesori,dia still nampak cantik.

Kat bawah ni pulak saya nak tunjuk contoh penampilan bagi non-muslim plak


Fesyen kat atas ni plak nampak macam comel kan (memang comel pun).Artis kat atas ni pandai bermain dengan warna yang agak natural.Seluar pendek yang berwarna putih  dipadankan dengan kemeja yang berlengan panjang yang berwarna hijau tua. Kecomelannya semakin bertambah dengan aksesori yang dipakainya. Cekak rambut dan bangle menaikkan lagi imejnya yang comel.

Saya rasa sampai sini saja ulasan saya bagi penampilan untuk perempuan. Nanti saya akan sambung lagi untuk fesyen orang laki plak.


GOODBYE!